Kerjasama Bersama JustHost.ru Tamat

Secara rasminya kerjasama antara AYIE dan JustHost.ru tamat semalam dan kami amat bersedih untuk melepaskan kerjasama ini.

Ini kerana Tor node tertua kami (rocket) menerima abuse dari pengguna yang tak guna, menggunakan exit node kami sebagai gateway BruteForce Attack SSH/FTP keatas provider lain.

Bagi mengelak perkara yang sama terjadi, AYIE memperketatkan polisi keluar kesemua exit node kepada port 80 dan 443 sahaja. Kami tidak akan membuka protokol lain selain http dan https sampai bila-bila.

Selain JustHost, kami jga telah menamatkan kontrak kami bersama HostVDS. HostVDS adalah yang termurah setakat ini tetapi provider ini tiada tulang belakang, membuatkan AYIE teragak-agk untuk menggunakan perkhidmatan dari Rusia. Sekali terima komplen sahaja dah terkencing dalam seluar, padahal tak valid langsung komplen tu.

Kami mengumumkan semua infrastruktur AYIE akan dijana dan diselenggalara oleh Frantech. Ternyata kualiti itu lebih baik dari kuantiti.

Ayie

Related Post