Guna WordPress Akhirnya – Sedikit Update Untuk Semua

Guna Wordpress

Semalam sebelum guna wordpress aku ambil keputusan untuk pisahkan blog section dari web main ayie.my. Aku buat keputusan ni berdasarkan beberapa perkara yang aku rasa amat kritikal.

Buat pengetahuan semua aku sebelum ini menggunakan platform HTMLy untuk blogging, tapi setelah test run dan dah live dah pun aku rasa ralat sebab rasa tak ngam. Banyak perkara yang aku rasa tak cukup.

HTMLy ni LightWeight tapi ..

  1. Plugins Yang Amat Limited
  2. Kena banyak manual edit
  3. Tiada widget
  4. Themes yang terhad
  5. Support dah tak ada

Aku boleh aje listkan semua yang aku tak puas hati, tapi semua tu bukan salah HTMLy. HTMLy itu sendiri memang efisyen dan lightweight, tidak memerlukan database MySQL dan macam-macam lagi. Cuma aku perlukan lebih function yang mana HTMLy tak boleh bagi.

So platfom HTMLy akan menjadi platfom rasmi untuk portal ayie.my sahaja manakala …

guna wordpress untuk blog.ayie.my

WordPress pula akan menjadi platfom rasmi blog AyieDotMy, AyieHost dan juga website-website lain di bawah seliaan aku, bukan kerana aku malas nak coding-coding tapi aku terlampau rajin.

Cukup setakat ini dulu. Assalamalaikum.

Related Post